Pencari Maklumat

Loading

02 June 2012

Lawatan daripada Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, Singapura



1 Mei 2012M - Satu rombongan dari Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, Singapura, telah mengadakan lawatan ke SUAMPRIPAD.


Rombongan yang terdiri daripada 4 orang pegawai madrasah berkenan diketuai oleh Yang Mulia Ustaz  Mokson Mahori. Tujuan mereka dtang kesini adalah bagi membuat lawatan ke sekolah-sekolah arab di negara ini disamping membuat perjumpaan alumni bersama bekas-bekas penuntut Brunei Darussalam yang pernah belajar di Madrasah El Juned. 


Sejak penubuhannya pada tahun 1927, Madrasah Al-Junied Al-Islamiah telah terkenal dengan reputasi cemerlang akademik di seluruh Asia Tenggara.Para graduan dari madrasah ini mendapat pengiktirafan oleh institusi-institusi yang terbilang seperti Universiti Al-Azhar di Kaherah. Antara bekas-bekas pelajar daripada madrasah berkenaan termasuklah Pehin Dato Seri Utama Dr Haji Mohamad Zain Haji Serudin, Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, dan juga beberapa mufti besar, ulama dan pemimpin agama di Singapura, Sabah, Sarawak, Pahang dan Negara Brunei Darussalam dan lain-lain.

Lawatan mereka ke sekolah ini telah diiringi oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Hjh Rusita binti Hj Yahya, Ketua Unit Sekolah-sekolah Arab, Yang Mulia Ustazah Norjainah Binti Hj Buntar serta pegawai-pegawai lainnya.

 

Rombongan lawatan disambut oleh Puan Pengetua yang seterusnya memberi sedikit taklimat mengenai sekolah ini.Dalam sesi lawatan itu, rombongan juga sempat meninjau beberapa kemudahan yang ada di sekolah ini sambil beramah mesra dengan para guru dan juga pelajar.